Isnin, 4 Julai 2016

Pusat Ikan Hiasan Di Port Dickson

Pusat ikan hiasan di port dickson mungkin tak berapa popular jika bercuti di port dickson..tempat ni adalah tempat untuk pameran ikan hiasan ikan laut..klu cakap pasal ikan laut mesti tau pasal ikan nemo..spesis clownfish..tp bab spesis ni kalau orang yang bela ikan laut biasa la pasal ni..lepas cita finding nemo keluar pulak cerita finding Dory..spesis ikan tang pulak..ok cita balik pasal pusat ikan hiasan port dickson ni..tempat ni boleh diketengahkan jika ada promosi dan kena caranya..sebelum tu share sikit gbr pusat hiasan ikan laut ni..

Ok ni pintu masuk ke tempat ni..lepas ni tunjuk kat dalam pulak..cakap pasal promosi tadi sebenarnya tempat ni boleh jadi tarikan..ikan laut mmg best kalau nk banding dengan ikan hiasan biasa..ikan laut ni lebih berwarna-warni dan unik..belum masuk coral lagi..rasanya semua tau pasal aquaria klcc atau waterworld langkawi kan..tapi sana mmg lebih pada pameran..kat sini xdela besar macam kat situ..nak masuk tiada bayaran pun..boleh lawat dan tengok tapi kalau tak silap buka hari bekerja je..itu yang kekurangan pasal tempat ni..yela orang datang sini PD biasanya hujung minggu tu yang tempat ni x berapa popular..yela weekend orang keja xdela nk datang jauh kat sini..kalau nak buat lawatan ke apa ok la.. lokasi dia pun agak ke dalam..ok tjk sikit maps dia..


kalau nk ke sini boleh pakai mapz ke waze taip pusat ikan hiasan teluk kemang..GPS dia 2.463064, 101.850422..ok harap ni boleh bantu korang cari tempat ni..waktu operasi 8pg - 5ptg ikut waktu kerja..ok kita tgk kat dalam pulak..








mula-mula masuk ini la kawasan dia..ikan pari & belangkas pun ada boleh la tengok camne dia berenang semua..ada lagi section lain..




ok camne la lebih kurang kawasan dia..boleh la cuci mata sikit..kecik je kawasan dia..tak boleh la nk banding dengan aquaria @ waterworld pasal tujuan tempat ni lebih pada pembiakan dan pemulihan ikan hiasan..kepada peminat ikan hiasan laut boleh la datang kalau ada kelapangan..masuk free je pun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan